Sabtu, 16 April 2011

JADILAH BAPA KEBANGGAAN...!!

Coretan pertama ni hanya sekadar perkongsian ilmu...

Tidak mudah menjadi bapa...abah...ayah...papa (jgn papa kedana udah ler)...dsb.
Tiada sekolah khas utk mendidik lelaki menjadi seorg bapa yang baik.
Ingin menjadi ketua harapan keluarga??
Berikut merupakan faktor2 yg perlu diambil kira:

1- Perlu punya visi
Seorg bapa perlu tahu apa yang perlu dicapai oleh setiap anak-anaknya...ikut kemampuan si anak lerr. Bapa seperti ini perlu bersemangat dan tidak mudah berputus asa bila anak-anak gagal di pertengahan jalan.

2- Didik anak mencintai buku
Seorg bapa yg bijak akan mendorong anak-anak gemar belajar dan membaca. Perlu ada bajet untuk pembelian buku anak2...janganlah kedekut...

3- Melakukan kerja-kerja rumah
Si anak akan mengikut sikap bapanya di rumah. Si anak akan jd ringan tulang jika selalu melihat bapanya melakukan kerja-kerja di rumah...membantu isteri di rumah. Inilah yang akan ditiru bila anak-anak telah berumahtangga kelak.

4- Bapa pemimpin agama
Seorg bapa yang baik perlu mempunyai pengetahuan agama yang baik jua. Dia akan sentiasa menekankan hal-hal keagamaan kepada anak2. Apabila anak-anak diajar mentaati perintah agama, mereka juga akan belajar menghormati dan mentaati orang tuanya malah menjadi lebih berdisiplin.

Jika kita pernah gagal menjadi bapa yang baik sebelum ini...masih belum terlambat untuk mengubahnya...Jadilah bapa kebanggaan anak-anak dan keluarga!

Adaptasi dr Majalah Nona...

Jumaat, 22 Januari 2010